Friday, September 4, 2009

Dewan Industri Buku Melayu Malaysia Sumbang buku untuk pelajar luar bandar

Usaha ini amatlah baik bagi memartbatkan minat membaca di kalangan pelajar luar bandar. Semoga pelajar-pelajar di luar bandar dapat memanfaatkan sepenuhnya bahan bacaan tersebut untuk pembangunan ilmu kendiri dan masyarakat sekitar.

IKHLAS. Dewan Industri Buku Melayu Malaysia (DIBMM) menyumbangkan buku kepada empat sekolah luar bandar di daerah Kuala Kangsar baru-baru ini.
Presidennya, Datuk Abdul Ghani Ngah berkata, empat sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru, Sekolah Kebangsaan (SK) Beluru, SK Kampung Nasib dan SK Karai.
Beliau berkata, sumbangan buku tersebut adalah salah satu inisiatif pihaknya untuk meningkatkan lagi pencapaian dan taraf pendidikan murid luar bandar.
"Walaupun kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada murid pedalaman namun masih tidak mencukupi. Sehubungan itu kami terpanggil untuk membantu," katanya selepas menyampaikan sumbangan itu pada mesyuarat agung tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Simpang Beluru baru-baru ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Komuniti_Kita&pg=kk_14.htm#ixzz39g15BZ56 Hakcipta terpelihara