Tuesday, November 18, 2014

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS KEPERLUAN UTAMA MASA KINI UNTUK BERJAYA

Menurut Johan Mah­­mood Merican, CEO TalenCorp, kebanyakan graduan masa kini masih kurang mampu berfikir secara kritis. Misalnya dalam mesyuarat, sesi percambahan idea kurang disertai graduan yang terlibat dan apabila keluar saja mesyuarat pelbagai ulasan dan rungutan dibincangkan diluar.

Menurutnya lagi, pelbagai usaha dijalankan bagi memantapkan lagi graduan Malaysia terutama dalam aspek sistem pendidikan itu sendiri yang telah ditetapkan dalam Malaysia Education Blueprint 2013-2025.

rujuk: http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/11/17/Graduates-lack-critical-thinking-skills-says-CEO/

Dalam pada itu, apakah bentuk kemahiran kritis yang diperlukan?

Bill Destler berpandangan dan merujuk Wall Street Journal bahawa ada 4 bentuk kemahiran kritis yang perlu diterokai.



Applying: "Challenging assumptions and asking provocative questions" about the status quo. Key abilities: choose between alternatives, identify similarities and admit differences, explain relevant context and background, and to easily paraphrase issues, etc. 
Analyzing: "Gathering all the details, reviewing them carefully and objectively while applying your own experience." Key abilities: compare, contrast and test alternatives based on ambiguous, incomplete or partial information, to criticize in a balanced and civil manner, etc. 
Evaluating: "Frame the right questions" Key abilities: appraise a new challenge, support another division, defend a minority position, being fair-minded etc.
* Creating: "Connecting the dots in new ways to better interpret signals around you." Key abilities: develop new models from experience, create or design new processes to meet changing market needs, develop new unique programs, etc.


rujuk: http://www.huffingtonpost.com/bill-destler/critical-thinking-skills-_b_6161480.html

Thursday, November 13, 2014

iPhone 6 bernilai sama dengan....

10 perkara diterangkan oleh Muhd Erfan Co-Founder of FM (FunnyMalaysia.Net) lebih berbaloi daripada membeli iPhone6.

baca disini: http://www.funnymalaysia.net/what-malaysians-can-buy-instead-of-an-iphone-6/

Kepentingan persidangan dan aturcara rasmi kepada pemasaran.

Menurut , agen pemasaran hadir ke persidangan atau aturcara rasmi disebabkan faktor-faktior berikut

1. untuk mendapatkan prospek baru dan peluang perniagaan.

2. berharap untuk mengumpul dan mencari petunjuk.

3. bersemuka dengan pelanggan dan prospek.

Adakah anda mempunyai pandangan dan sebab yang sama?

maklumat lanjut: http://www.marketingprofs.com/charts/2013/10609/the-importance-and-roi-of-events-marketers-still-face-challenges

Komuniti Perpustakaan di New York menubuhkan NY 3Rs Association, Inc.

NY 3Rs Association, Inc. adalah organisasi  korporat pendidikan yang berfungsi meningkat perkongsian maklumat antara 9 Majlis 3R(Research Center or Library) yang dianggotai perpustakaan dan pusat maklumat di seluruh negeri New York.

Misi NY 3R, Inc adalah untuk memastikan dan menyokong perkongsian antara sumber perpustakaan sama ada bahan bercetak atau elektronik - di kalangan semua jenis perpustakaan dan untuk memastikan akses yang sama kepada maklumat untuk semua masyarakat New York.

Impak daripada penubuhan organisasi korporat ini pelbagai program yang dinamik, kerjasama inovatif , dan perkongsian sumber dapat dibina.

maklumat lanjut: http://www.ny3rs.org/about/

. 

Tuesday, October 14, 2014

Isi petrol guna konsep liter

Amalkan pengisian minyak dalam jumlah liter, bukannya ringgit. 

Contoh:
Pergi ke kaunter, cakap nak isi 20 liter. kemudian bayar RM46. ini lebih baik daripada isi RM40, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter. Sedangkan 'nozzle' hanya menyukat sehingga 2 tempat perpuluhan sahaja.

Maknanya kita rugi 0.0094737 bagi setiap pengisian RM40. bayangkan, kalau setiap hari ada 1000 orang yang isi RM40, stesen minyak dah untung 9.4737 liter. itu kalau 1000 orang, kalau 1 hari? sebulan? itu hanya pengiraan ringkas untuk pengisian RM40 sahaja. bayangkan, berapa banyak stesen minyak akan untung atas selisih kiraan jumlah liter ini.

Sebab itu stesen myk selalu buat program cabutan bertuah dengan pembelian minimum RM40. mereka mahu menanam sifat mengisi minyak mengikut nilai rm, bukan ikut nilai liter.

Isi dalam liter.
1liter harga rm2.30
isi lah rm23 jadi 10liter
isi rm46 jadi 20 liter 
isi rm69 jadi 30 liter

kalau isi 35 liter darab dengan rm2.3.
kalau isi guna jumlah duit, liter tu akan dibundarkan ke jumlah terdekat.
contoh 31.777 liter. rugi sikit, tp kalau tiap2 hari pemilik stesen minyak yang untung besar.

Thursday, September 18, 2014

Dimana peranan Perpustakaan Akademik dalam menyokong proses penyelidikan?

topics: 

Wednesday, September 17, 2014

10 sikap orang kreatif

Dipaparkan 10 sikap orang kreatif. sumber: tidak diketahui.


.

Thursday, August 21, 2014

Perpustakaan Dijadikan Tempat Berlindung Susulan Ketegangan Berlaku di Ferguson, Missouri, Amerika Syarikat

Pustakawan di Perpustakaan bandar Ferguson melancarkan satu inisiatif menjadikan Perpustakaan mereka sebagai tempat perlindungan.
 

Penduduk bandar Ferguson, Missouri menghadapi situasi yang tegang apabila rusuhan demi rusuhan telah berlaku sehingga memusnahkan beberapa fasiliti dan kemudahan setempat dikawasan perumahan mereka. Hal ini telah menyebabkan kanak-kanak dan ibu bapa terpaksa mencari tempat perlindungan yang lain.

Situasi ini berlaku apabila polis dikatakan menembak dan membunuh seorang remaja berkulit hitam yang tidak bersenjata, Michael Brown, pada 9 Ogos.

Perpustakaan bandar Ferguson telah menggunakan Twitter, Instagram dan Facebook dengan menawarkan beberapa kemudahan dan barang keperluan. Penduduk juga boleh mendapatkan air botol, memeriksa e-mel mereka, dan mengelakkan kekacauan yang sedang berlaku di jalan-jalan sekitar bandar Ferguson.


rujuk: http://abcnews.go.com/US/ferguson-library-refuge-adults-children-amid-strife/story?id=25050930

Tuesday, August 19, 2014

Buah Kundur bersaiz besar dirakam di Thailand

Satu post Facebook memaparkan imej buah kundur yang besar telah mengejut beberapa peminat tanaman dan tumbuh-tumbuhan. Saiz yang 'gigantic' itu sememangnya jarang terjadi di mana-mana lokasi perladangan buah kundur.

 rujuk: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1459522427652622


Antara khasiat buah kundur adalah seperti berikut:-

url: http://carakaapril.blogspot.com/2014/01/mengenal-manfaat-dan-khasiat-buah_9195.html




Sunday, August 17, 2014

Jenis-jenis awan.

Jenis-jenis awan adalah seperti berikut kecuali yang BBQ.. :)


Saturday, August 16, 2014

Penjinak Singa yang Hebat

Kevin Robinson seorang pakar zoologi  telah berjaya membuktikan bahawa seekor singa boleh dijinakkan dengan cara dan situasi yang betul . Beliau mengkaji tingkah laku singa bertahun-tahun lamanya sebelum memberanikan diri untuk dekat dengan singa. Beliau juga berjaya menjinakkkan beberapa haiwan karnivor yang lain.

Dari sumber page Heliza Hilmi.

 - HADIS TERUNGGUL -

Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:
“Telah datang seorang Arab Badwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:
Wahai Rasulullah...!
Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.”
Rasulullah berkata kepadanya:
“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”
Arab Badwi itu berkata:
Aku mahu menjadi orang alim.
Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah SWT"
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”
Rasulullah menjawab:
“Jadilah orang yang yakin pada diri.”
Bertanya lagi Arab Badwi itu:
“Aku mahu menjadi orang yang adil.”
Lalu dijawab oleh Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”
Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi orang paling baik.”
Baginda menjawab:
“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”
Dan dijawab oleh Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”
Arab Badwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku.”
Baginda menjawab:
“Perelokkan akhlakmu.”
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “
Baginda menjawab:
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”
Arab Badwi bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”
Lalu dijawab baginda:
“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”
Dia bertanya lagi:
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”
Rasulullah menjawab:
“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”
Dia terus bertanya:
“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”
Baginda menjawab:
“Jangan menzalimi seseorang.”
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”
Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”
Dia bertanya:
Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”
Baginda menjawab:
“Banyakkan beristighfar.”
Dia berkata:
“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”
Lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”
Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”
Baginda menjawab:
“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”
Baginda menjawab:
“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”
Dia bertanya:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”
Baginda menjawab:
“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”
Dia bertanya:
“ Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.”
Baginda menjawab:
“Jangan marah kepada orang lain.”
Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
“Aku mahu diterima segala permohonanku.”
Baginda menjawab:
“Jauhilah makanan haram.”
Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keaibanku pada hari kiamat.”
Baginda pun menjawab:
“Tutuplah keburukan orang lain.”
Dia bertanya:
“Siapa yang terselamat daripada dosa?”
Rasulullah menjawab:
“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”
Dia terus bertanya:
“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?”
Baginda menjawab:
“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”
Dia bertanya lagi:
“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”
Baginda menjawab:
“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”
Dia bertanya:
“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”
Baginda menjawab:
“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”
Dia bertanya lagi:
“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”
Baginda menjawab:
“Sabar didunia dengan bala dan musibah.”
Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”
Syukran Jazilan.
Wassalam, wallahualam.

 rujuk: https://www.facebook.com/helizahelmi/posts/10152694051812605

Monday, August 11, 2014

ADAB PERMOHONAN KERJA - MELALUI E-MEL | SATU LANGKAH KE ARAH RESUME BERKESAN

Berikut saya kongsikan maklumat yang berharga diberikan oleh Tuan Ameirul Azraie berkenaan dengan..


[ADAB PERMOHONAN KERJA - MELALUI E-MEL]


TOLONG BACA DAN KONGSIKAN.


Ini merupakan permohonan kerja melalui e-mel yang membolehkan saya menembusi industri minyak & gas yang mana umum mengetahui sangat sukar untuk ditembusi.

Ini merupakan salah satu daripada beratus jika bukan beribu permohonan yang diterima oleh Technip Geoproduction (M) Sdn. Bhd. dan permohonan saya telah disenarai pendek kepada lebih kurang 80 calon untuk ditemuduga. Dan dari 80 calon yang ditemuduga, dengan izin ALLAH saya di antara 17 orang yang diterima memulakan 'on-the-job' training. Permohonan saya ini telah disenarai pendek oleh pakar HR - Bahagian Pengambilan (Recruitment), Cik Puan Halizah Bahroddin. Mungkin beliau boleh kongsikan apakah kelebihan permohonan saya sehingga membuatkan beliau menyenarai pendek permohonan saya.


Dengan merujuk kedua-dua gambar ini, ada beberapa perkara yang anda semua perlu belajar dan perlu buat untuk permohonan kerja anda pada masa akang datang:
1. Alamat E-mel Professional
2. 'Subject Header'
3. Isi Kandungan E-mel
=> Pengenalan diri secara ringkas,
=> Pengalaman praktikal/kerja,
=> Kelebihan diri anda yang buatkan majikan perlu mengambil anda bekerja,
=> Butiran untuk dihubungi, dan
=> 'E-mail signature'
4. Lampiran (yang BERSAIZ KECIL!!!)
=> 'Cover Letter'
=> 'Resume' (pada masa ini saya masih tidak tahu beza CV & Resume)
=> 'Recommendation Letters' (ini insiatif saya sendiri untuk mendapatkan surat sokongan bertulis dari majikan tempat saya menjalankan latihan industri).
Nota Penting: Lihat bagaimana saya namakan setiap fail dokumen tersebut. Kita cerita adab menamakan fail dokumen dalam perkongsian saya yang akan datang.
.
.
Ini cerita tahun 2009. Ini cerita 6 tahun lepas. Ini cerita semasa dunia sedang dalam krisis ekonomi. Ini cerita semasa ekonomi dunia sedang menguncup. Ini cerita semasa syarikat dalam industri minyak dan gas juga mengurangkan pengambilan pekerja. Ini cerita semasa kebanyakan syarikat membuang pekerja.
.
.
Bukan ingin membangga diri atau menyombong, tapi jujur saya katakan setelah hampir 6 tahun, kebanyakan permohonan kerja yang saya terima masih jauh dari 'standard' dan adab yang saya guna pakai pada tahun 2009. Jika permohonan kerja melalui e-mel pada tahun 2009 ini saya sendiri beri 3/5 (penggunaan bahasa masih boleh diperbaiki, saiz fail yang masih besar, tiada usaha untuk mencari dan menulis nama penerima, dan sebagainya), rasanya kebanyakan permohonan yang saya terima selama 6 tahun ini kebanyakannya pada tahap 0/5-2/5, adalah sedikit yang berada pada tahap 3/5 dan sangat sukar mencari yang berada tahap 4/5. Jadi janganlah engkau mengomel kalau dah dekat SETAHUN engkau MENGANGGUR!!!
.
.
Saya MERAYU sangat-sangat, tolonglah perbaiki permohonan kerja melalui e-mel anda selepas ini. Kalau adab yang ini pun anda dah gagal untuk jadikan pada tahap sekurang-kurangnya 3/5, jangan mimpilah HR nak buka dan tengok lampiran (Cover Letter & CV) yang anda lampirkan, jawabnya berhabuklah sebab masuk dalam 'ARCHIVE FOLDER'.
.
.
Ini adab permohonon kerja melalui e-mel yang saya amalkan selama 5-6 tahun ini. Bagaimana pula adab permohonan kerja melalui e-mel yang anda amalkan?
.
.
Jika anda belajar sesuatu, mohon 'like' dan komen "ADAB E-MEL". Jangan lupa untuk kongsikan di 'wall' anda juga supaya lebih ramai akan mendapat manfaatnya.
.
.
‪#‎ameirulazraie‬
-Coach Penulisan CV-
London, 3.15 pagi, 11 Ogos



url: https://www.facebook.com/ameirulazraie/posts/10203893515914549





Reka Seni Kreatif Disekeliling Anda



Menurut page facebook DJ Pollyfonika , Victor Nunes telah mereka cipta seni kreatif menggunakan penutup pen, biskut, dan butir pop corn beserta dengan lukisan yang menarik. saksikan beberapa hasil lukisan tersebut disini.
url: https://www.facebook.com/pollyfonika/posts/10152553105381083

Friday, August 8, 2014

Tips Kekal Kurus

Saya meneruskan tradisi makan seperti ini sejak tahun 2005 apabila perlu. Cubalah. Barangkali ini adalah langkah pertama anda kekal kurus.




Saya ialah pelajar lepasan diploma, ijazah muda, sarjana, & PhD. Kenapa bahan yang saya ingin baca tidak ada di Perpustakaan Awam

Saya ialah pelajar lepasan diploma, ijazah muda, sarjana, & phd. Kenapa bahan yang saya ingin baca tidak ada di Perpustakaan Awam berhampiran kawasan perumahan saya?

Mungkin maklumat ini dapat membantu anda. Saya melihat perkara ini dari segi 2 aspek.
Pertama, peruntukan untuk membeli bahan2 tersebut terhad.

kedua, dasar dan polisi pembelian bahan oleh perpustakaan tersebut menyasarkan golongan pembaca bangku sekolah di kawasan terbabit sahaja. Sekiranya mahu perpustakaan itu lebih besar sasaran golongan pembacanya dengan koleksi yang lebih bombastik, sememangnya Lembaga Perbadanan Perpustakaan Negeri terbabit sudah lama meluluskan peruntukan yang besar untuk Perpustakaan Daerah terbabit seperti mana di sesebuah kawasan Ibu Negeri.

Hal ini tidak mungkin terjadi kerana banyak peruntukan yang lebih penting perlu disalurkan. misalnya projek tar semula jalanraya negeri.

Sebagai tambahan, Pada pandangan saya, Sekiranya ada pengguna yang datang dari latar belakang bermula dari sijil diploma sehingga ke peringkat phd dan bukan merupakan ahli mana2 perpustakaan akademik, mereka sememangnya boleh mempertimbangkan ke saluran seperti berikut:

Pertama, mendapatkan senarai bahan bacaan umum yang di kehendaki di Ibu Pejabat Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri iaitu di Ibu Negeri masing-masing melalui sistem WEBOPAC pada web atau dengan menghubungi mereka terus ditalian telefon sedia ada.

Kedua, menjadi ahli publik pada mana-mana perpustakaan universiti yang terdekat dengan kawasan anda. 

Ketiga, menjadi ahli alumni perpustakaan kolej/univ./institut iaitu di tempat anda belajar dahulu.

Keempat, menjadi ahli PNM dan menggunakan perkhidmatan "U-Pustaka" untuk mendapatkan bahan bacaan umum yang diperlukan.

Kelima, Orang awam berpendidikan tinggi semestinya sudah berkerjaya sendiri atau bekerja dengan majikan yang mempunyai organisasi besar. Sekiranya mereka yang berkerja sendiri mungkin terpaksa terhad kepada 3 saluran yang saya katakan tadi, akan tetapi bagi mereka yang sudah bekerja di organisasi besar boleh menggunakan saluran keempat ini. Misalnya, seorang akauntan professional yang bekerja di Bank Negara boleh mendapatkan bahan bacaan yang diperlukan di Pusat Ilmu & Arkib Bank Negara itu sendiri. Hal ini boleh dikatakan sebagai saluran "Your Organisation Knowledge Center"

 sekian. :D

Suka Bertangguh? - Bagaimana mengatasinya.

Solat di Ruang Udara

Rujukan: Utusan Malaysia


jenis-jenis sumber rujukan

15 jenis bahan rujukan dikenalpasti





.

Tips Ulangkaji oleh Ustaz Karim Naji Awwali

16 tips disenaraikan.




Bajet Kahwin Paling Mudah

Berikut Bajet kahwin paling mudah dan sesuai untuk mereka yang suka bersederhana.