Monday, March 9, 2015

Kisah Liku - liku kehidupan seorang pelajar Doktor Falsafah yang menarik

Menarik sungguh nukilan seorang pensyarah daripada UNIMAP ini tentang liku-liku kehidupan sebagai seorang pelajar Doktor Falsafah. Dr. Nazri Halif berkongsi.
PhD III...
36 bulan tempoh masa diberi,
UK-Ireland-Australia-New Zealand-Japan sistem pangajian PhD,
Yang buat kat Europe KPT lulus 48 bulan cuti-studi,
Berbeda tempoh, masing2 ada kelebihan tersendiri,
Rasa lama masa mula-mula sampai sini,
Sapa yang mai tahun 2007, pasti akan menghitung hari,
On-time pengajian memanglah hasrat di hati,
Semangat berkobar-kobar masa sebelum mai sini,
Dok pilih universiti - pastikan yang hebat-kualiti,
Kena amik IELTS, ada yang 1-shot, ada yang dok ulang dua-tiga kali,
Semuanya pasal nak buat PhD,
Dapat cukup2 makan, barulah tau rupanya english aku grammar pun xlepas lagi,
Masa plan nak sambung studi,
Ramai yang kata buat la kat luar negeri,
Supaya banyak pendedahan sana-sini,
Lagipun dah 2 degree hang buat kat local universiti,
Kalau buat local katanya banyak kenduri,
Nanti payah nak habih cepat hang punya PhD,
Pasal banyak fokus dengan famili-famili,
Sebelum mai sini,
Rasanya takde banyak sangat le masalah dalam PhD,
Rupanya lain sekali,
Bila dah lepas 2 tahun, stress! alamak...macam nak kena extend je nanti,
Berkemungkinan pengurusan masa kurang teliti,
Serta pemahaman projek yang masih kabur sana-sini,
Antara keluarga dan juga PhD,
Banyak benda lain kekadang dok disturb-studi,
Antaranya nak pikir kena tour-habih satu UK,
Paling koman pun kena jejak Europe dua tiga negeri,
Pasal ramai kata alang-alang dok sini,
Kalau tak pie rugi la hang nanti, balik Malaysia payah dah nak mai sini,
Bagi bidang aku, asas basic-degree berbeda sekali,
Antara sistem UK dengan sistem Malaysia punya universiti,
Sistem Malaysia dok rajin cut sana-cut sini sistem silibus di IPT,
Katanya yang terlalu fundamental tak payah la dok fokus studi,
Pasal dok pikir pasaran kerja bila dah bergraduasi,
Kena releven dengan pihak industri,
Silibus degree fizik dah dekat sama dengan kejuruteraan punya identiti,
Rasanya kalaulah dibuat interbiu dulu sebelum pengesahan PhD,
Belum pasti aku akan buat PhD di bumi Inggeris ini,
Saingan dengan pelajar sini macam langit dengan bumi,
Bak kata orang Perak 'berdesup peginye yop' depa punya prestasi,
Tahun 1 PhD kadang2 dah ada Nature punya publikasi,
Tapi PhD ni kata orang masing2 punya rezeki,
Ada projek yang smooth, ada yang berliku, payah nak mengerti,
Ramai yang dah laluinya kata PhD ni based-on luck punya ciri,
Kekadang tu dapat penyelia sempoi, tapi projek punya masalah yang kita tak reti,
Ada jugak projek dan penyelia dua2 buat kita memanjang sakit hati,
Mai 2007, tup..tup 2010 dah nak abih tempoh cuti-studi,
Tengah dok mula buat permohonan lanjutan cuti-SLAI kat masing2 punya universiti,
Harap takde masalah, insyallah, harap pihak universiti-KPT luluskan le nanti,
Insyallah, usaha tumpu jaya, tema sekolah kampung punya identiti,
Usaha, doa, tawakkal - usaha, insyallah boleh selesai suatu hari nanti,
Banyak cerita, pengalaman, pendedahan nak dikongsi,
Mungkin boleh buat selingan masa dalam kuliah nanti,
Kasi pelajar segar-minat, bagi kuliah nampak berseri,
Ilmu, Keihklasan, Kecemerlangan, UNIMAP punya jati-diri,
Tentu macam-macam ragam pensyarah bertitle PhD,
Masing2 bawak balik bertimbun-pendedahan pengalaman-sistem nak dikongsi,
Walaupun kita berbeda sistem, harap kita bersatu hati,
Demi memartabatkan ilmu kat Indera Kayangan punya universiti,
Walaupun tercorok, kita pasti akan dikenali,
Pasal universiti kita dah macam wakil Negeri,
Kawan luar nak mai berkoloberasi tak susah nak tunjuk destinasi,
Jejak je Perlis, kira dah mai universiti kami,
Ada yang kata UNIMAP beso sekali,
Umpama rumah, dapur di Perlis, anjung di KLCC,
Sajak ni buat kawan-kawan seperjuangan UNIMAP yang buat PhD,
Sebagai selingan buat yang selalu mengikuti,
Semoga sukses sepanjang pengajian PhD,
Insyallah...

sumber: https://www.facebook.com/groups/doctsupp/permalink/1063104133715745


No comments:

Post a Comment